Kelas Microsoft Word & E-Learning
12 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Word dan E-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 11 Februari 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada asas MS Word. Mereka turut mempelajari cara menaip menggunakan MS Word. Selain itu, para peserta juga diperkenalkan kepada laman web pembelajaran secara atas talian seperti 10fastfingers.com dan online-coloring.com bagi menguji kepantasan dan kecekapan para peserta menaip serta menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT dalam pelajaran dan pembelajaran.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: